Tuesday, March 24, 2009

DOA DI MAJLIS RASMI KERAJAAN

DOA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN
PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ ذِى الْعِزَّةِ وَالْجَلاَلِ يَنْصُرُ الْعَامِلِيْنَ وَيُعِزُّ الصَّامِدِيْنَ الصَّابِرِيْنَ بِنِعْمَةِ الْحُرِّيَّةِ وَاْلإِسْتِقْلاَلِ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ الْقَوِيْمِ.


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini. Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk material atau spiritual . Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan yang kami perolehi adalah hasil dari kemerdekaan yang telah Engkau anugerahkan kepada kami.

Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ini, kami pohonkan ehsan dari-Mu ya Allah, agar Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami dari segala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.


Ya Allah Tuhan yang menguasai sekalian alam,
Engkau peliharalah Malaysia negara kami yang kami cintai ini. Engkau peliharalah perpaduan diantara kami demi kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi. Ya Allah kami bersyukur kepada-Mu kerana dapat hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni, percaya-mempercayai, saling hormat- menghormati serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara kami sehingga ke hari ini.

Ya Allah ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Kami memohon restu dari-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini.


اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا حَفِيْظُ

Engkau kekalkanlah kemerdekaan ini untuk generasi kami dan generasi yang akan datang. Engkau kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat dan kesabaran yang tinggi untuk membentuk generasi baru yang boleh menghargai dan mempertahankan kemerdekaan ini, agar perjuangan awal yang telah dirintis oleh orang-orang terdahulu daripada kami tidak akan menjadi sia-sia.
Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, agar bangsa kami menjadi bangsa yang sihat, berdisiplin, bertoleransi, pemurah, peramah dan hidup di kalangan masyarakat berbilang kaum bagaikan satu keluarga.


Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, supaya hati kami, jiwa kami dan minda kami sentiasa berada dalam keimanan yang teguh dan dapat memakmurkan negara dan bangsa.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.




DOA MAJLIS PERASMIAN TILAWAH AL-QURAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ جَعَلَ اْلإِسْلاَمَ لِلْمُسْلِمِيْنَ نِظَامًا، وَأَنْزَلَ الْقُرْءَانَ الْكَرِيْمَ دُسْتُوْرًا لِلناَّسِ وَبَيَاناً وَجَعَلَهُ حِكَمًا وَحُكْمًا وَأَحْكَامًا. سَعَادَتُهُمْ فِى اْلإِعْتِصَامِ بِحَبْلِهِ وَالْعَمَلِ بِأَوَامِرِهِ وَتَرْكِ نَوَاهِيْهِ وَشِقَاؤُهُمْ فِى إِهْمَالِ الْعَمَلِ بِهِ وَمَا يَحْوِيْهِ.

اَللَّّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍِ وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنْ صَحَابَتِهِ وَءَالِهِ الَّذِيْنَ تَمَسَّكُوْا بِأَوَامِرِ الدِّيْنِ وَنَشَرُوْهُ نَقِيًّا خَالِصًا لِلْعَالَمِيْنَ.

Ya Allah, sempena Majlis Tilawah al-Quran pada kali ini, kami menadah tangan memohon rahmat dan keberkatan serta petunjuk al-Quran yang sentiasa Engkau pelihara di bawah kebesaran dan keagungan-Mu. Berilah dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam semua urusan hidup untuk kebahagiaan dunia dan juga akhirat.

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Ya Allah , yang bersifat sempurna dan penuh kemuliaan. Kami memohon ehsan dari-Mu, kurniakanlah kepada kami nikmat kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan. Lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban. Hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang Engkau redhai buat selama-lamanya.


اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Ya Allah ya Tuhan kami, peliharalah negara kami Malaysia khasnya dan negara Islam di seluruh dunia amnya dari keadaan huru-hara dan segala bentuk ancaman. Peliharalah perpaduan kami rakyat Malaysia supaya hidup dalam keadaan aman damai, selamat sejahtera dan taat setia kepada negara.


{رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا} {رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

No comments:

Post a Comment

html